Bila Yang Tertulis Untukku, Adalah Yang Terbaik Untukmu
Kan Ku Jadikan Kau Kenangan, Yang Terindah Dalam Hidupku


Namun Takkan Mudah Bagiku, Meninggalkan Jejak Hidupku
Yang Telah Terukir Abadi, Sebagai Kenangan Yang Terindah...





Friday, November 14, 2014

Sabar Itu Separuh Dari Iman...



Bayangkan 1 situasi di tempat parking terbuka. Ada seorang makcik & anak dia tengah berlari2 anak sebab hujan nak melintas dr bangunan ke kereta.. ada sebuah kereta berdekatan laluan makcik n knk2 tu nak masuk parking. Sebagai manusia yg ada akal & cerdik lg bijak, nak masuk parking dulu atau nak bg dulu makcik & kanak2 tu melintas dulu walaupun diorg berhenti bg laluan.. kau memanglah rasa dia bg laluan tp sbenarnya diorg berhati2 sebelum jd perkara x diingini...

Sebagai manusia yg ada akal yg waras apalah salahnya bertolak ansur bg dulu mereka melintas jalan sebelum dapatkan parking. X rugi ape pun.. sentiasa buat baik insha'allah orang lain pun akan layan ahli keluarga kita baik2.

Sentiasa bersabar dalam apa jua perkara.. tak perlu nak sakitkan hati orang lain dengan bertikam lidah. Selfish a.k.a jual ikan mmg pekerjaan yg buruk..


stress dgn manusia2 yg xgeti bersabar nih. Aku ni panas baran gak. Tp baran aku bertempat...

Sekian...

Tuesday, November 04, 2014

PROGRAM LATIHAN TRANSFORMASI (BIROKRAT) KAKITANGAN JPM - 23 HINGGA 25 MEI 2014




Kem Bina Negara Maran  Pahang Darul Makmur
Anjuran Bersama JPM & BTN

" BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA"








Tuesday, October 07, 2014

Video & Lirik Mewangi oleh Akim ft The Magistrate



Lagu kedua dalam carta hati selepas tertarik dengan lagu ARJUNA BETA utk tahun 2014 nih.
Lirik dan melodi yang besttt
susah nak suka lagu melayu nih tp lagu nih mmg cantik menarik tertarik kau mmg da bomb!



 
 
Selamanya
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu adalah dahagaku
Waktu dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya
Hingga ku menutup mata
Satukanlah hati

Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya
Selamanya
Adalah cintaku kepada dirimu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah padamu
Waktu dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya
Hingga ku menutup mata satukanlah hati
Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi selamanya
Wooohoooo
Jadikan malamku…. lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi selamanya
Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi selamanya

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran yg ke-54 tahun buat BAK


Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran yg ke-54 tahun buat bak tersayang 
Hj Mohamad Jahis bin Hj Othman...
Semoga redha Allah mengirimu selalu..
Terima kasih atas segala pengorbananmu


#edit dr my henpon.hehe... kantoi kegiatan plagiat di situ.huhu
 
Semoga dirimu sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah swt.
Diberikan kesihatan yang baik
Dijauhkan dari segala bala dan bencana
Dijauhkan dari sifat dengki manusia2 jahil
Dijauhkan dari ilmu2 halus manusia2 yang jahil
Ddiberikan ketenangan dan kebahagian hidup
dan terus Berjaya mengorak langkah..
 
sesungguhnya kau adalah idolaku..
 
 
(Alhamdulillah, keluarga kami semakin dekat dengan bak & mak bila kita same2 duduk sebumbung sekarang nih. sebelum ni mama3bdk duduk berjauhan since form 4 hingga la tahun 2013 (last year) bak dapat kerja baru @ putrajaya. Dapatlah mama 3 budak makan masakan bonda hari2 kecuali sabtu dan ahad coz mak balik kg lak.
 
mama 3budak dah banyak menyusahkan bak & mak dia sejak dilahirkan hinggalah kini dah ada 3budak pun mama budak masih bergantung harap pada bak & mak yang banyak membantu dari terutamanya urusan rumah tangga mama 3budak.huhu.. boleh diibaratkan mama 3budak masih lagi anak kecil yang mempunyai adik beradik 3budak dibawah pengawasan bak & mak bila papa 3budak selalu keje luo kwsn. huhu
 
 
 
 
 

Tuesday, September 30, 2014

PETUA MERAWAT RESDUNG


Tetiba cakap pasal resdung. sebab musababnya, pertama kali dalam sejarah hidup mama 3budak dijangkiti virus bakteria jerawat yang sangat horor menjelang sweet 30 aritu. sampai sekarang rasa kulit muka gatal2. walaupun dapat dibendung dengan Dalacin T (gambar menyusul kemudian) tapi tetap ada lagi ia datang menyerang. kill kill die die u JERAWAT!

Hari ni terfikir plak ntah2 resdung kot. sebab punca utama adalah dari kertas2 yang di shreded b4 ni n dekat sebulan bergelumang dengan mesih shred ppr tu. dah takdir nak jadi kat muka mama 3budak. redha dengan penuh kesyukuran semoga jadi pengajaran pada mama 3budak yang cepat terpengaruh beli dan beli nak cepat sembuh katanya. 
Petua kopipes dari http://yunusbadawi.blogspot.com/2013/10/petua-mengubati-resdung.html yang nak try minggu nih. ade ke tak ulat kat muke. euww ngeri plak. betul ker ada ulat resdung?

Limau nipis 8 biji..daun pndan 10 helai hiris halys mcm bunga rampai.. Persh limau nipis tadi.. Gaulkan smpai sebati.. New chemical akan terbentuk.. Sapu di muka.. Kalau sesuai.. X sampai 5 minit ulat resdung akan keluar ikut kulit muka.. Paling bnyk akan keluar ikut kening..kalau sangkut tarik jeer ulat tu.. Sy dah buat ramai student.. Alhamdulillah ramai yg elok lepas tu..

Buat 3 kali seminggu.. Elok antara jam 10am -3 ptg sbb virus tu tgh aktif.. Campuran lebih blh simpan dlm peti ais..tp x se efective yg fresh.. Elok letak kain hitam atas peha masa sapu sbb ulat ni attacted to black cloth... Kain itam murah pun x


Terima kasih atas perkongsian di atas. tengok tak betapa cepat terpengaruhnya mama 3budak???? ^_^

JJCM Pulau Pinang 27 & 28 September 2014



Perancangan awal nak ke cameron highland kononnya. Tapi dah ada desas desus nak ke negeri PULAU MUTIARA sebab syurga MAKANan nya .hehe.. setelah undian dibuat, ada 2 orang dewasa tak pernah sampai iaitu papa 3budak & amir (my 2nd last brother) yang telah dikidnap dari uitm shah alam di datangkan khas untuk menjaga 3 orang budak kecil yang nakal ^_^. me pernah stay penang @ tanjung bungah masa kursus tahun 2005/2006 tak silap. 

27 September 2014

Papa 3budak yg semangat nak pergi JJCM. mama 3budak malas ya amat, penat dan pelbagai emosi dan rasa yang negatif lagi tapi disebabkan oleh papa 3budak dah excited & siapkan 3budak terpaksa ku melangkah.. Perjalanan dimualakan dalam jam 12++.. *bakunye.haha

Antara babak2 penting episod Penang. Masa pergi iols lalu jambatan lama. 



 

Gambar & Kt to encik Google 
*pemandangan malam



Serba sedikit tentang sejarah Penang Bridge
Jambatan Pulau Pinang pernah disenaraikan antara jambatan yang terpanjang di dunia iaitu mempunyai panjang kira-kira 13.5 km di mana 8.4 km daripadanya merentasi laut. Jambatan ini menghubungkan Pulau Pinang di Lebuhraya Jelutong, Bayan Lepas dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai.
Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia.

Ketibaan iols dlm jam 4 ++ setelah beberapa persinggahan. Ronda2 dulu Batu Ferringhi coz papa 3budak nak cari chalet yang dekat dengan pantai. nasib baik chalet penuh sbb mama 3budak mmg takut duduk dekat dengan air. almaklum ada trauma ^_^ 

Farel & Najwa yg hyper sentiasa
 
Amir yang stress layan 3budak,hehe

Aisy Ayman gigi ongak


Aktivi JJCM lepas maghrib pun bermula... iols ke padang kota lama hasil dari riki2 dari kawan papa3budak. katanya pasembur kat situ famos amos.



sotong kangkung 5*****




Sotong bakar 4*****
dah sejuk tak brapa rangup. makan masa panas2 lebih enak


Nie dia PASEMBUR mmg sedap. Harga RM55 tp mmg rasa nak pergi lagi malam ni makan situ.haha
5*****

Papa 3budak tengah que 

Gambar kerang bakar dah tak sempat snap sebab dah layan pasembur & sotong tanpa toleh kiri kanan.haha. Nanti otw ke kedah bulan 11 nanti iols nak singgah makan sini lagi lah. rasa tak puas makan disebabkan pelbagai aksi oleh Aisy Ayman yang meragam huhu

Lepas makan iols pergi  ke pasar malam batu ferringhi. gambar pun tak sempat snap sebab keadaan pasar di tepi jalan sesak dan panjang pulak tuh. di penhujung pasar kami makan apam balik crispy pelbagai rasa. pun bg 5***** sbb ada oreo, nutella dan lain2. Beli ole2 penang kat cnie juga. lepas makan iols dah tak larat jalan n naik taxi ke tempat parking rm5 sahaja. tenQ pakcik taxi.


28 September 2014

Pagi2 dah ke pantai batu ferringhi untuk cukupkan syarat celup2 air bagi 3budak yang excited. air pantai kurang bersih kot bg iols.


Papa 3budak awasi 3budak ^_^






huntonglaaa ada baywatch baju hitam.ahaha




Iman tengah nangis ingat papa 3budak lemas.haha

 
 
Papa 3budak dan 3budak  di gigi air *betulkan gigi??

Papa 3budak syok sendiri


iols memang tak romantik kat luar tp romantik dlm umah.ahahaha


Tak sampai 1 jam pun mama 3budak dah tak tahan panas dan bau pantai. yom yom balik!
hehe..

Checkout jam 11.45 tghr & terus cari nasi kandar LINE CLEAR. Antara lauk pilihan ayam goreng rempah, ayam rose pedas, kari kepala ikan merah, telur sotong, kari sotong, poppadom & sayur taugeh goreng. walaupun mama 3budak bukan penggemar masakan mamak tapi seriously nasi kandar ni membuka selera. lagi 1 sebab dari muka diorang pun kita leh bezakan mereka ni dengan mamak putrajaya. ehehehe.. tenQ pada sorang staff nasi kanda line clear yg telah memberikan duit raya in advance kepada najwa & iman. nampak tak?? memang meraka berdua ada darah bollywood.haha


Nampak kegemukan disitu dan juga masalah JERAWAT sweet 30. stress!

 


Dah kenyang iols jalan kaki beli jeruk Pak Ali dekat kedai yang tak berapa jauh dr kedai makan Nasi Kandar Line CLear tu. Dah dapat jeruk jom jom balik meh. sok skolah & koje. arghh penat!

Perjalanan balik iols lalu pula JAMBATAN Kedua Pulau Pinang yang dinamakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Ia adalah cadangan dari Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)Islam Pulau Pinang yang mencadangkan Jambatan Kedua Pulau Pinang itu dinamakan bersempena nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah. 

INFO (Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/JambatanterpanjangdiAsiaTenggara/Article)

Jambatan Kedua Pulau Pinang 
Penyelenggara: Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) 
Panjang jambatan: 24 km 
Panjang di laut: 17 km 
Lebar jambatan: 250 m 
Tarikh Pembinaan: Januari 2008 
Tarikh dibuka: Mac 2014 
Reka bentuk: UEM Builders 
Harga jambatan: RM4.5 bilion 
Kontraktor/pembinaan: China Harbour Engineering Co Ltd (CHEC)

Jambatan Kedua Pulau Pinang atau nama rasminya Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Mes-e28.png[4] ialah sebuah jambatan tol jalan raya kembar baharu di Pulau Pinang yang telah siap dibina sepenuhnya pada Februari 2014. Ia menghubungkan Batu Kawan di tanah besar Seberang Perai dan Batu Maung di pulau, Pulau PinangJambatan ini ialah jambatan kedua yang menghubungkan pula tersebut ke tanah besar selepas Jambatan Pulau Pinang. Jambatan yang menelan kos RM 4.5 bilion ini mempunyai panjang 24 km (15 batu) dan menjadi jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara.[3] Jambatan ini dibina dengan pinjaman besar daripada kerajaan Republik Rakyat China.[5] Ia dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenam Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak pada 1 Mac 2014 dan dinamakan bersempena Yang di-Pertuan Agong ke-14 Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.[3]


Jujur baru ku tau jambatan terpanjang Asia Tenggara. nasib baik ler lalu kita kan amir & papa 3budak ^_^

Alhamdulillah... dapat juga mengabadikan kenangan Penang untuk 3budak....








Tuesday, September 23, 2014

Pertandingan Pakaian Beragam SK Putrajaya Presint 16(2)


Antara salah seorang daripada peserta pertandingan adalah cik Nazneen Najwa. 

Terima kasih MAK Hajah Siti Rohayah Haji Embok Tahak, tolong jahitkan baju bendera Malaysia gojes untuk cik Nazneen malam tadi. Bersemangat waja cik Nazneen nak ke sekolah pagi ni. tp papa dia cite cik nazneen takmo turun kete pagi tadi sebab malu tak de sape2 pakai baju bendera.hehe

Subuh2 dah bangun makeup mata dia bagi bundar.hehe


















 







Kawan-kawan cik nazneen yang ambil bahagian.
kata cikgu nafisah "semua kreatif xtau nak pilih.. so semua adalah pemenang!!"


huhu pengadil pun pening nak pilih pemenang utama. 
alhamdulillah cik Nazneen antara 7 yang bertuah jadi pemenang. tq semua!
Mama cik Nazneen suruh join masuk bukan sebab nak menang tapi untuk keyakinan diri dan keberanian cik nazneen masa hadapan nanti. jangan jadi macam mama cik nazneen yang pemalu. huahua.
Terima kasih Cikgu Nafisah and da geng yang usulkan pertandingan ni. gud job!


Akhir kata, jika ada sesiapa yang ingin meminjam baju pakaian beragam cik Nazneen dipersilakan hubungi saya. boleh bagi free sahaja pinjam tiada kos tersembungi ^_^