Perancangan awal nak ke cameron highland kononnya. Tapi dah ada desas desus nak ke negeri PULAU MUTIARA sebab syurga MAKANan nya .hehe.. setelah undian dibuat, ada 2 orang dewasa tak pernah sampai iaitu papa 3budak & amir (my 2nd last brother) yang telah dikidnap dari uitm shah alam di datangkan khas untuk menjaga 3 orang budak kecil yang nakal ^_^. me pernah stay penang @ tanjung bungah masa kursus tahun 2005/2006 tak silap.
27 September 2014
Papa 3budak yg semangat nak pergi JJCM. mama 3budak malas ya amat, penat dan pelbagai emosi dan rasa yang negatif lagi tapi disebabkan oleh papa 3budak dah excited & siapkan 3budak terpaksa ku melangkah.. Perjalanan dimualakan dalam jam 12++.. *bakunye.haha
Antara babak2 penting episod Penang. Masa pergi iols lalu jambatan lama.
Gambar & Kt to encik Google
*pemandangan malam
Serba sedikit tentang sejarah Penang Bridge
Jambatan Pulau Pinang pernah disenaraikan antara jambatan yang terpanjang di dunia iaitu mempunyai panjang kira-kira 13.5 km di mana 8.4 km daripadanya merentasi laut. Jambatan ini menghubungkan Pulau Pinang di Lebuhraya Jelutong, Bayan Lepas dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai.
Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia.
Ketibaan iols dlm jam 4 ++ setelah beberapa persinggahan. Ronda2 dulu Batu Ferringhi coz papa 3budak nak cari chalet yang dekat dengan pantai. nasib baik chalet penuh sbb mama 3budak mmg takut duduk dekat dengan air. almaklum ada trauma ^_^
Farel & Najwa yg hyper sentiasa
Amir yang stress layan 3budak,hehe
Aisy Ayman gigi ongak
Aktivi JJCM lepas maghrib pun bermula... iols ke padang kota lama hasil dari riki2 dari kawan papa3budak. katanya pasembur kat situ famos amos.
sotong kangkung 5*****
Sotong bakar 4*****
dah sejuk tak brapa rangup. makan masa panas2 lebih enak
Nie dia PASEMBUR mmg sedap. Harga RM55 tp mmg rasa nak pergi lagi malam ni makan situ.haha
5*****
Papa 3budak tengah que
Gambar kerang bakar dah tak sempat snap sebab dah layan pasembur & sotong tanpa toleh kiri kanan.haha. Nanti otw ke kedah bulan 11 nanti iols nak singgah makan sini lagi lah. rasa tak puas makan disebabkan pelbagai aksi oleh Aisy Ayman yang meragam huhu
Lepas makan iols pergi ke pasar malam batu ferringhi. gambar pun tak sempat snap sebab keadaan pasar di tepi jalan sesak dan panjang pulak tuh. di penhujung pasar kami makan apam balik crispy pelbagai rasa. pun bg 5***** sbb ada oreo, nutella dan lain2. Beli ole2 penang kat cnie juga. lepas makan iols dah tak larat jalan n naik taxi ke tempat parking rm5 sahaja. tenQ pakcik taxi.
28 September 2014
Pagi2 dah ke pantai batu ferringhi untuk cukupkan syarat celup2 air bagi 3budak yang excited. air pantai kurang bersih kot bg iols.
Papa 3budak awasi 3budak ^_^
huntonglaaa ada baywatch baju hitam.ahaha
Iman tengah nangis ingat papa 3budak lemas.haha
Papa 3budak dan 3budak di gigi air *betulkan gigi??
Papa 3budak syok sendiri
iols memang tak romantik kat luar tp romantik dlm umah.ahahaha
Tak sampai 1 jam pun mama 3budak dah tak tahan panas dan bau pantai. yom yom balik!
hehe..
Checkout jam 11.45 tghr & terus cari nasi kandar LINE CLEAR. Antara lauk pilihan ayam goreng rempah, ayam rose pedas, kari kepala ikan merah, telur sotong, kari sotong, poppadom & sayur taugeh goreng. walaupun mama 3budak bukan penggemar masakan mamak tapi seriously nasi kandar ni membuka selera. lagi 1 sebab dari muka diorang pun kita leh bezakan mereka ni dengan mamak putrajaya. ehehehe.. tenQ pada sorang staff nasi kanda line clear yg telah memberikan duit raya in advance kepada najwa & iman. nampak tak?? memang meraka berdua ada darah bollywood.haha
Nampak kegemukan disitu dan juga masalah JERAWAT sweet 30. stress!
Dah kenyang iols jalan kaki beli jeruk Pak Ali dekat kedai yang tak berapa jauh dr kedai makan Nasi Kandar Line CLear tu. Dah dapat jeruk jom jom balik meh. sok skolah & koje. arghh penat!
Perjalanan balik iols lalu pula JAMBATAN Kedua Pulau Pinang yang dinamakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Ia adalah cadangan dari Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)Islam Pulau Pinang yang mencadangkan Jambatan Kedua Pulau Pinang itu dinamakan bersempena nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
INFO (Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/JambatanterpanjangdiAsiaTenggara/Article)
Jambatan Kedua Pulau Pinang
Penyelenggara: Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB)
Panjang jambatan: 24 km
Panjang di laut: 17 km
Lebar jambatan: 250 m
Tarikh Pembinaan: Januari 2008
Tarikh dibuka: Mac 2014
Reka bentuk: UEM Builders
Harga jambatan: RM4.5 bilion
Kontraktor/pembinaan: China Harbour Engineering Co Ltd (CHEC)
Jambatan Kedua Pulau Pinang
Penyelenggara: Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB)
Panjang jambatan: 24 km
Panjang di laut: 17 km
Lebar jambatan: 250 m
Tarikh Pembinaan: Januari 2008
Tarikh dibuka: Mac 2014
Reka bentuk: UEM Builders
Harga jambatan: RM4.5 bilion
Kontraktor/pembinaan: China Harbour Engineering Co Ltd (CHEC)
Jambatan Kedua Pulau Pinang atau nama rasminya Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
[4] ialah sebuah jambatan tol jalan raya kembar baharu di Pulau Pinang yang telah siap dibina sepenuhnya pada Februari 2014. Ia menghubungkan Batu Kawan di tanah besar Seberang Perai dan Batu Maung di pulau, Pulau Pinang. Jambatan ini ialah jambatan kedua yang menghubungkan pula tersebut ke tanah besar selepas Jambatan Pulau Pinang. Jambatan yang menelan kos RM 4.5 bilion ini mempunyai panjang 24 km (15 batu) dan menjadi jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara.[3] Jambatan ini dibina dengan pinjaman besar daripada kerajaan Republik Rakyat China.[5] Ia dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenam Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak pada 1 Mac 2014 dan dinamakan bersempena Yang di-Pertuan Agong ke-14 Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.[3]
Jujur baru ku tau jambatan terpanjang Asia Tenggara. nasib baik ler lalu kita kan amir & papa 3budak ^_^
Alhamdulillah... dapat juga mengabadikan kenangan Penang untuk 3budak....




































No comments:
Post a Comment