“Ada
tiga
sebab mengapa kesatuan sekerja ditubuhkan dan disertai, iaitu
untuk memperbaiki kedudukan ekonomi, untuk mempastikan hak mereka dipertahankan
dan terakhir sekali adalah kerana sebab-sebab sosial” menurut kata Maimunah
Aminuddin (2003). Kesatuan sekerja merupakan satu pertubuhan yang menggabungkan
pekerja atau majikan dalam satu industri, kumpulan pekerjaan atau perniagaan
yang sama.
Seksyen
2(1) Akta Kesatuan Sekerja 1959 (ILBS, 2013) mendefinisikan “kesatuan sekerja”
atau “kesatuan” sebagai apa-apa pertubuhan atau gabungan orang-orang kerja atau
majikan-majikan, iaitu orang-orang kerja di mana tempat pekerjaan mereka adalah
di Malaysia Barat, Sabah atau Sarawak, mengikut mana yang berkenaan, atau
majikan-majikan yang mengambil kerja orang-orang kerja di Malaysia Barat, Sabah
atau Sarawak, mengikut mana yang berkenaan. Merujuk Seksyen 2 Akta Perhubungan Perusahaan
1967 (ILBS, 1991) pula, kesatuan sekerja didefinisikan sebagai mana-mana
kesatuan sekerja yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang yang
berhubungan dengan pendaftaran kesatuan sekerja.
1.1
Pekerja dan majikan di Malaysia adalah
bebas menubuhkan pertubuhan mengikut
peruntukan:
i.
Perlembagaan
Persekutuan (1)(C) Fasal 10 “Semua warga
negara adalah berhak menubuhkan kesatuan”
ii.
Konvensyen International Labour Organisation
(ILO) No.98
iii.
Seksyen 8 dan 9 Akta Kesatuan Sekerja 1959 “ Sesebuah
kesatuan sekerja perlu didaftarkan bagi membolehkannya menikmati
keistimewaan sebagai sebuah kesatuan sekerja yang sah”.
iv.
Akta
Kerja 1955 [ Seksyen 8 ] “Tiada apa-apa
dalam kontrak perkhidmatan yang boleh dalam apa-apa cara menghadkan hak-hak
mana-mana pekerja yang menjadi pihak kepada kontrak itu : untuk memasuki
kesatuan sekerja berdaftar, untuk
menyertai dalam aktiviti-aktiviti kesatuan sekerja berdaftar, sama ada sebagai
pegawai kesatuan itu atau selainnya; atau untuk bersekutu dengan mana-mana
orang lain untuk tujuan menubuhkan kesatuan sekerja menurut Akta Kesatuan
Sekerja 1959
v.
Akta Perhubungan Perusahaan (APP) 1967
seksyen 4 dan 5 memperuntukkan jaminan hak pekerja. Seksyen 4 menjamin
kebebasan kedua belah pihak iaitu tidak boleh ada campur tangan atau ancaman
daripada pihak yang satu lagi berhubung hak untuk menubuhkan atau menyertai
atau terlibat dalam aktiviti kesatuan pekerja. Seksyen 5(1)(a), 5(1)(b),
5(1)(c), 5(1)(d) dan 5(1)(e).
-
-
-
-
-
-
-
6.0 KESIMPULAN
Secara
umumnya kewujudan kesatuan sekerja bukanlah penghalang kepada perlaksanaan
polisi syarikat di dalam sesebuah organisasi. Namun, dengan kewujudan kesatuan
ini para pekerja dan kakitangan akan merasa lebih terbela dengan dasar
organisasi. Mereka akan lebih yakin organisasi juga tidak memandang remeh
terhadap hak-hak mereka sebagai pekerja dalam organisasi tersebut. Oleh itu,
pihak majikan mesti memandang secara positif sebarang aktiviti yang bakal
dilaksanakan oleh kesatuan sekerja tersebut (Samsudin bin Wahab, 2005).
Peranan kesatuan sekerja sering dilihat daripada sudut yang negatif
seperti mengadakan mogok dan piket, pemberontakan terhadap keputusan majikan
dan sebagainya. Namun demikian, kesatuan sekerja sebenarnya mempunyai agenda
lain yang lebih penting serta mampu dapat membantu organisasi untuk menguruskan
pekerja mereka. Dalam erti kata yang lain, kesatuan sekerja memainkan peranan
yang sangat penting iaitu sebagai penyelesai masalah yang dalam perhubungan
perindustrian.
Peranan
kesatuan sekerja adalah penting dalam menjaga kepentingan tiga pihak iaitu
pekerja, majikan dan kerajaan bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti hidup
supaya negara dapat membangun dengan pantas dalam merealisasikan wawasannya.
Walau bagaimanapun untuk menjayakannya, semua kesatuan sekerja yang wujud di
negara ini perlulah bersatupadu dan mengelakkan pertelingkahan.
Piket, mogok mahupun sekat
masuk/tutup pintu merupakan usaha untuk mencapai sesuatu matlamat oleh pihak
yang terlibat dalam pertikaian perusahaan. Meskipun mogok dibenarkan di
Malaysia tetapi kesannya terhadap ekonomi adalah sangat serius.
Di peringkat syarikat,
tindakan perusahaan boleh menyebabkan kerugian besar kepada majikan. Manakala
di peringkat nasional pula, ianya akan mempengaruhi keputusan pelaburan oleh syarikat
multi-nasional. Justeru itu semua pihak hendaklah berusaha sedaya upaya untuk mencegah dan menghindar dari berlakunya
sebarang bentuk tindakan perusahaan.
Oleh yang demikian, kesinambungan usaha serta hubungan yang baik
antara pihak pengurusan (majikan) dan pihak pekerja sangat penting untuk
memastikan keharmonian dalam organisasi dikekalkan. Kesedaran serta
tanggungjawab untuk memastikan keadilan serta hubungan timbal balik yang sihat
amat penting untuk memastikan kepuasan sama ada di pihak pekerja mahupun
majikan.
Untuk dapatkan artikel penuh, boleh hubungi saya melalui emel nieshamiera@gmail.com ^_^



No comments:
Post a Comment