Bila Yang Tertulis Untukku, Adalah Yang Terbaik Untukmu
Kan Ku Jadikan Kau Kenangan, Yang Terindah Dalam Hidupku


Namun Takkan Mudah Bagiku, Meninggalkan Jejak Hidupku
Yang Telah Terukir Abadi, Sebagai Kenangan Yang Terindah...





Showing posts with label NZA. Show all posts
Showing posts with label NZA. Show all posts

Tuesday, March 03, 2015

adekah ini satu petanda??



Setelah sebulan bermain teka-teki akhirnya surat yang satu itu telah sampai dengan selamatnya di rumah. Mak yang buka n wasap isi surat tersebut. Alhamdulillah dipermudahkan semuanya nampaknya. ingatkan kalau ditempatkan di luar semenanjung ataupun lokasi yang jauh dari Putrajaya ni nak aje aku tolak dengan terhormat.hahaha

tapi... setelah petanda2 yang menunjukkan ku harus pergi berlaku satu demi persatu, nampaknya ku harus terima dengan hati terbuka. Semua yang berlaku adalah ketentuannya... Terima kasih tuhan.

Antara petanda:

1- Selepas temuduga, tanda nama di workstation office slalu tercabut n jatuh ke lantai. bos sampai sindir, macam ada yang pergi jauh jerk.huhuhu.. Ptg ni ku tengok pun tercabut lagi.huh

2- Beberapa hari sebelum terima surat pelantikan, pas JPM ku patah 2 tak tau berpunca dari tangan siapa. samada Farel, najwa & sikecik aiman punya keje.hehe.. langsung tidak berfungsi dan terpaksa minta Pihak Keselamatan buat baru. (yeye)

3- Butang baju korporat saya harini tercabut terus dari lengan baju. tidak boleh dijahit semula kerana butang telah rosak & tiada lubang lagi untuk dijahit semula.hahahah


tapi nanti perlu juga sembahyang istikharah cinta kepada yang maha esa ^_^

Andai ini takdirku..ku terima dengan redha..
Terima kasih Ya Allah swt,
terima kasih buat kedua ibubapa yang tidak jemu membantuku...
terima kasih buat suamiku tercinta dan 3 anak kecilku yang banyak berkorban (terpaksa mengadap ibu yang sakit jiwa bila nak peksa.haha)
terima kasih buat seluruh keluarga keluarga mertua, adik beradik, pakcik makcik sepupu sepapat sahabat handai dan lain-lain kerana mendoakanku beroleh kejayaan...

walaupun hati ralat sangat kerana sorang bff ku tak berjaya dalam temuduga ni kerana dialah yang mewarwarkan panggilan temuduga ni. tapi bila fikir positif mungkin ada yang lebih baik menunggu si dia akan datang.. insha'allah.. semoga bff tersayang tersebut mendapat sesuatu yang lebih baik nanti..amin..

Monday, March 02, 2015

SMALL THINGS....



We have many situations in our life that someday we will forget because it was so small and insignificant that we think its not important...

but, all those small things will remind us of who we used TO BE...


Tuesday, February 17, 2015

MENULIS DEMI HARI ESOK...




Menulis bukan untuk diri sendiri tetapi untuk anak-anak aku yang membesar. untuk kenangan keluargaku sekiranya malaikat menjemputku awal. sekurang-kurangnya ada tempat mereka untuk mengimbas kenangan-kenangan yang takkan kembali lagi. selain tu, kenangan-kenangan ni juga boleh mengelakkan seseorang itu dari cepat terkena  DIMENTIA atau nyanyuk.huhu

kalau dah nyanyuk pown, kita boleh imbas-imbas kembali moment2 indah dengan baca blog ni. huhu

Kita perlu mencipta sejarah sendiri sebab takde badan-badan kerajaan atau NGO yang boleh sukarela nak cipta sejarah korang ^_^
kita bukan sapa-sapa. hanya insan kerdil di dunia ni.

Untung Hang Tuah dan rakan2 kerana ada HIKAYAT HANG TUAH.
Kejelitaan MAHSURI yang jadi lagenda.
Dan macam2 sejarah lagi.

Cerita pasal sejarah plak, teringat aku dapat A dalam Sejarah masa PMR sebab study last minit sbb trial PMR nyaris-nyaris GAGAL.
Dari situ, aku belajar dan faham... takde benda yang mustahil di dunia ni. yang penting usaha, ikhtiar dan doa. dari situ aku suka belajar last minit hahaha (ketawa jahat)

sekurang-kurangnya DIA nampak aku memang berusaha dan nak buat yang terbaik. aku tau hanya DIA yang dapat membantu aku...

Alhamdulillah...terima kasih ya Allah..
hanya kepadamu ku berserah




GERIMIS MENGUNDANG





Gerimis Mengundang (Saari Amri / Slam) 



Kusangkakan panas berpanjangan
Rupanya gerimis, rupanya gerimis mengundang
Dalam tak sedar ku kebasahan

Pernah juga kau pinta perpisahan
Aku sangkakan itu hanyalah gurauan
Nyata kau serius dalam senyuman

( korus )
Bukan sekejap denganmu
Bukan mainan hasratku
Engkau pun tahu niatku
Tulus dan suci
Senang benar kau ucapkan
Kau anggap itu suratan
Sikit pun riak wajahmu
Tiada terkilan

Hanya aku separuh nyawa
Menahan sebak di dada
Sedangkan kau bersahaja
Berlalu tanpa kata
Terasa diri amat terhina kau lakukan
Terasa diri amat terhina kau lakukan

( ulang dari korus )

Sia-sia kukorban selama ini
Jika kasihku, jika hatiku
Kau guris oh oh oh...
Dalam tak sedar ku menangis

Thursday, February 05, 2015

MY BIG DAY!!! CONVOCATION 12 NOVEMBER 2014



MAJLIS KONVOKESYEN KE-27
12 NOVEMBER 2014
DEWAN MU'ADZAM SHAH
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA



Detik-detik cemas #hilang#ingatan#garisan#x#




Akhirnya setelah berhempas pulas selama 4 tahun setengah ++ 
dapat juga aku  memakai topi KOTAK tersebut.
#konvo poly takde topi :( #




Yang ni kelakar ya amat. Melangkah dengan tapak kasut paling besar aku pernah pakai. Takut tersilap langkah punya pasai, biarlah ia tak cantik dari pandangan luar, tapi senang hati dari pandangan dalam ^_^

#my kasut tutup pertama yang paling selesa#takmelecet#clarks#




Alhamdulillah... walaupun agak terlewat menunaikan hasrat kedua ibubapa, namun tercapai juga akhirnya berkat sokongan padu semua. Semoga Muhammad Farrell Fathullah, Nazneen Najwa & Muhammad Aisy Ayman akan berjaya di puncak menara gading juga satu hari nanti membawa segulung ijazah buat kami (++master & PHD). insha'allah.. amin....




Monday, December 15, 2014

AKU CUBA TAK KISAH TP HAKIKATNYA AKU KISAH...



Cuba tak nak ambil kisah apa yang berlaku.
tapi HAKIKATNYA ada sedikit mengguris hati.
Ampun kan daku ya Allah..

Sekurang-kurangnya ku tau tak baik buat macam tu
boleh buatkan seseorang terkesan dgn cara tu.
Insha'allah tidak akan sesekali buat macam tu.
janjiku...

Friday, November 14, 2014

Sabar Itu Separuh Dari Iman...



Bayangkan 1 situasi di tempat parking terbuka. Ada seorang makcik & anak dia tengah berlari2 anak sebab hujan nak melintas dr bangunan ke kereta.. ada sebuah kereta berdekatan laluan makcik n knk2 tu nak masuk parking. Sebagai manusia yg ada akal & cerdik lg bijak, nak masuk parking dulu atau nak bg dulu makcik & kanak2 tu melintas dulu walaupun diorg berhenti bg laluan.. kau memanglah rasa dia bg laluan tp sbenarnya diorg berhati2 sebelum jd perkara x diingini...

Sebagai manusia yg ada akal yg waras apalah salahnya bertolak ansur bg dulu mereka melintas jalan sebelum dapatkan parking. X rugi ape pun.. sentiasa buat baik insha'allah orang lain pun akan layan ahli keluarga kita baik2.

Sentiasa bersabar dalam apa jua perkara.. tak perlu nak sakitkan hati orang lain dengan bertikam lidah. Selfish a.k.a jual ikan mmg pekerjaan yg buruk..


stress dgn manusia2 yg xgeti bersabar nih. Aku ni panas baran gak. Tp baran aku bertempat...

Sekian...

Tuesday, October 07, 2014

Video & Lirik Mewangi oleh Akim ft The Magistrate



Lagu kedua dalam carta hati selepas tertarik dengan lagu ARJUNA BETA utk tahun 2014 nih.
Lirik dan melodi yang besttt
susah nak suka lagu melayu nih tp lagu nih mmg cantik menarik tertarik kau mmg da bomb!



 
 
Selamanya
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu adalah dahagaku
Waktu dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya
Hingga ku menutup mata
Satukanlah hati

Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya
Selamanya
Adalah cintaku kepada dirimu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah padamu
Waktu dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya
Hingga ku menutup mata satukanlah hati
Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi selamanya
Wooohoooo
Jadikan malamku…. lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi selamanya
Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi selamanya

Tuesday, September 30, 2014

PETUA MERAWAT RESDUNG


Tetiba cakap pasal resdung. sebab musababnya, pertama kali dalam sejarah hidup mama 3budak dijangkiti virus bakteria jerawat yang sangat horor menjelang sweet 30 aritu. sampai sekarang rasa kulit muka gatal2. walaupun dapat dibendung dengan Dalacin T (gambar menyusul kemudian) tapi tetap ada lagi ia datang menyerang. kill kill die die u JERAWAT!

Hari ni terfikir plak ntah2 resdung kot. sebab punca utama adalah dari kertas2 yang di shreded b4 ni n dekat sebulan bergelumang dengan mesih shred ppr tu. dah takdir nak jadi kat muka mama 3budak. redha dengan penuh kesyukuran semoga jadi pengajaran pada mama 3budak yang cepat terpengaruh beli dan beli nak cepat sembuh katanya. 
Petua kopipes dari http://yunusbadawi.blogspot.com/2013/10/petua-mengubati-resdung.html yang nak try minggu nih. ade ke tak ulat kat muke. euww ngeri plak. betul ker ada ulat resdung?

Limau nipis 8 biji..daun pndan 10 helai hiris halys mcm bunga rampai.. Persh limau nipis tadi.. Gaulkan smpai sebati.. New chemical akan terbentuk.. Sapu di muka.. Kalau sesuai.. X sampai 5 minit ulat resdung akan keluar ikut kulit muka.. Paling bnyk akan keluar ikut kening..kalau sangkut tarik jeer ulat tu.. Sy dah buat ramai student.. Alhamdulillah ramai yg elok lepas tu..

Buat 3 kali seminggu.. Elok antara jam 10am -3 ptg sbb virus tu tgh aktif.. Campuran lebih blh simpan dlm peti ais..tp x se efective yg fresh.. Elok letak kain hitam atas peha masa sapu sbb ulat ni attacted to black cloth... Kain itam murah pun x


Terima kasih atas perkongsian di atas. tengok tak betapa cepat terpengaruhnya mama 3budak???? ^_^

Saturday, September 06, 2014

#throwback#bw# HAPPY NEW YEAR 2014!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Dimulakan dengan lafaz  بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ  "Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani".
 “Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah s.w.t" ~ "Any important work that does not begin with Bismillah is imperfect : Hadith

Tahun baru 2014 ini boleh dijadikan pencetus semula semangat kepada azam-azam baru Maal Hijrah 1435H/2013 yang tidak tercapai lagi sebelum ini (refresh) atau kepada azam-azam lama juga yang tak tercapai-capai... (^_^).  

Saya mengharapkan salah satu MISI berjaya dicapai pada akhir tahun 2014 ini insya'allah jika dipanjangkan usia olehNya bagi melengkapkan VISI hidup saya menjadi orang yang berguna kepada masyarakat.hehehe... Doakan semoga ianya dapat ditamatkan dengan keputusan yang cemerlang. insya'allah....


كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ

 

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji),  serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).  (Surah Ali `Imran: 110)

 

season_greeting_EN prubsn

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

Dari Ibnu Abbas, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :

"Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara.

1. Masa sihat sebelum sakit.

2. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin).

3. Masa lapang sebelum tiba masa sibuk.

4. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan

5. Masa hidup sebelum tiba masa mati."

(riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).
5 sebelum 5

 “Each New Year, we have before us a brand new book containing 365 blank pages. Let us fill them with all the forgotten things from last year — the words we forgot to say, the love we forgot to show, and the charity we forgot to offer.” 


Thursday, September 04, 2014

KENAPA DENGAN SEPTEMBER ??

#peringatan pertama untuk diri sendiri. Perlu menulis dalam bahasa malaysia dan tidak merosakkan bahasa ibunda. Tiada ringkasan digunakan. Perkataan ditulis dalam perkataan penuh. Siapa lagi yang boleh menjaga warisan kita jika bukan anak melayu sendiri. ^_^





Kenapa dengan bulan September??

Nukilan terakhir adalah bertajuk KESIBUKAN YANG MELAMPAU http://nurulzaitulaizan.blogspot.com/2010/09/kesibukan-yg-melampau.html pada bulan September dan disusuli nukilan ini pada bulan September 2014. Sememangnya betul-betul kesibukan yang melampau. Hingga tiada masa untuk menulis sejarah perkembangan anak-anak dan keluarga. (dengan mimik muka yang menyesal teramat). Empat tahun yang kosong. Hanya menyumbangkan nukilan ke pakcik facebook sahaja yang tiada faedahnya.. Nanti ada masa, saya akan pindahkan segala nukilan baik-baik sahaja ke laman ini. insha'allah. Terlalu banyak untuk dicerita. Terlalu banyak suka dan duka. 

Sejarah paling penting adalah kelahiran putera ketiga bernama Muhammad Aisy Ayman pada 7 Januari 2012. Permata hati yang banyak ragam tetapi menghiburkan hati mama dan papa.

Kenapa dengan bulan September???

Haruslah disebabkan bulan kelahiran pemunya laman sesawang ini.hehehehe (tiada dalam kamus dewan). seharusnya diganti * gelak & senyum nakal

24 September 1984 - 24 September 2014 genaplah usiaku 30 tahun. (hela nafas panjang)
Namun masih menghitung hari penghujung 20-an. 


Kenapa dengan bulan September????

16 September kan  telah termaktub sebagai HARI MALAYSIA! bercuti umum lah kita semua ^_^

Terima kasih jari-jemari masih mengizinkan aku untuk menulis sesuatu. 

#abaikan gelaran saya aku dan lain-lain jika ada. ia tetap membawa erti yang sama# 


Wednesday, September 29, 2010

kesibukan yg melampau!

Dah lame mama tak update blog ni.lame sngguh,mmg tak smpat, tp nt mama akn ushakan gak backdated utk farel n najwa. so dah bsar nt bleh refresh blek kjadian2 yg blaku =)

antara agenda2 penting yg dah lepas :

10 Sept 2010 : Hari Raya Eidulfitri
17-18 Sept 2010 : Mama ade Midterm exam
19 Sept 2010 : Aunty Lili kahwin dgn uncle ewan
24 Sept 2010 : Besday MAMA =D
25 Sept 2010 : Majlis prkahwinan kat umh uncle ewan lak
26 Sept 2010 : Projek KLK 'Titian Lebaran' kat Kompleks Penyayang BAKTI sg. Buloh

gambar2 nt smpat mama upload..

Thursday, January 21, 2010

Segalanya bermula..2010


adush, makin busy lak 2010 nih...antara agenda penting;- =D

1st Farel ke taska KEMAS precint 9
2nd Najwa anto umh aunty anis
3rd after 1yr xde, kembali mgundg p**d q itew.dasat sguh pd permulaanye
dll..thn pertama bgelar pelajar tue.wakaka..terlewat sudah!
n thn pertame gak bgelar su pej. N27.tp kurg hepy dgn pnambahbaikan tu coz dgn bkuatkuasanye circular tu, PTK q x diguna pakai lg. waaa..penat je ambik exam dpt 4..tak suke2

smakin pening memikirkan kerja2 q yg tak pnh surut2..
assgnmt yg masih tdk dmulekan lg. kuiz bln dpn dll yg sewaktu dgnye..
smoge q trus tabah mgharungi sgala onak dan duri.insya'allah..

amin...


#edit 19 Sept 2014
Alhamdulillah pengorbanan bersengkang mata menelaah buku pekeliling berbaloi kerana Ketua Jabatan BPO ketika itu mengiktiraf PTK sy (atas bicara ketua jabatan).hehe.. tq Datuk Farida. mmuahh mmuaah..
dapat juga merasa gaji T2. walaupun bukan beribu kenaikan, tp berkat. sujud syukur kepada Allah swt.
hingga kini dapat merasa gaji T2. mohon pihak JPA kembalikan semula PTK untuk saya merasa gaji T3 yer ^_^

Friday, December 18, 2009

Salam Maal Hijrah

SATU MUHARRAM

Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun bulan Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yg teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah membentuk perpaduan
Hijrah membentuk persaudaraan

Oleh itu mari semua kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman...

pnah join nasyid nyanyi lagu nih dolu2 =)

Thursday, December 17, 2009

anyong haseyo

Alhamdulillah sempena maal hijrah 1431H

n 3hr cuti, tercipte la mam@ecang blog =)


Hopefully blog nie akn jd knangan abadi

especially for my beloved hubby n my lovely kids!

ANDAINYA AKU PERGI DULU SEBELUMMU, ..lalala..

ada gak ler wasiat tak rasmi

wat papa n ank2 mam@ tercyg.
* edit termasuk keluarga suku papat sekalian yg mengenali nama ini ^_^

setiap detik indah, suka, duka akn ku abadikan...