Setelah sebulan bermain teka-teki akhirnya surat yang satu itu telah sampai dengan selamatnya di rumah. Mak yang buka n wasap isi surat tersebut. Alhamdulillah dipermudahkan semuanya nampaknya. ingatkan kalau ditempatkan di luar semenanjung ataupun lokasi yang jauh dari Putrajaya ni nak aje aku tolak dengan terhormat.hahaha
tapi... setelah petanda2 yang menunjukkan ku harus pergi berlaku satu demi persatu, nampaknya ku harus terima dengan hati terbuka. Semua yang berlaku adalah ketentuannya... Terima kasih tuhan.
Antara petanda:
1- Selepas temuduga, tanda nama di workstation office slalu tercabut n jatuh ke lantai. bos sampai sindir, macam ada yang pergi jauh jerk.huhuhu.. Ptg ni ku tengok pun tercabut lagi.huh
2- Beberapa hari sebelum terima surat pelantikan, pas JPM ku patah 2 tak tau berpunca dari tangan siapa. samada Farel, najwa & sikecik aiman punya keje.hehe.. langsung tidak berfungsi dan terpaksa minta Pihak Keselamatan buat baru. (yeye)
3- Butang baju korporat saya harini tercabut terus dari lengan baju. tidak boleh dijahit semula kerana butang telah rosak & tiada lubang lagi untuk dijahit semula.hahahah
tapi nanti perlu juga sembahyang istikharah cinta kepada yang maha esa ^_^
Andai ini takdirku..ku terima dengan redha..
Terima kasih Ya Allah swt,
terima kasih buat kedua ibubapa yang tidak jemu membantuku...
terima kasih buat suamiku tercinta dan 3 anak kecilku yang banyak berkorban (terpaksa mengadap ibu yang sakit jiwa bila nak peksa.haha)
terima kasih buat seluruh keluarga keluarga mertua, adik beradik, pakcik makcik sepupu sepapat sahabat handai dan lain-lain kerana mendoakanku beroleh kejayaan...
walaupun hati ralat sangat kerana sorang bff ku tak berjaya dalam temuduga ni kerana dialah yang mewarwarkan panggilan temuduga ni. tapi bila fikir positif mungkin ada yang lebih baik menunggu si dia akan datang.. insha'allah.. semoga bff tersayang tersebut mendapat sesuatu yang lebih baik nanti..amin..

